BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 28 September 2011

:::lalat jadi penawar???jum baca...

Allah boleh saja mengungkapkan atau memberikan cth dgn haiwan2 lain atau serangga yang lain. namun, apabila lalat dipilih, sudah tentu ia mempunyai hikmah yang tersirat......

racun dan penawar dalam satu...

pemilihan lalat dalam ayat ini juga memberikan maksud yang besar dan mendalam kerana lalat mempunyai pengaruh yang besar kpd kesihatan manusia. sehingga kini, lalat merupakan antara serangga yang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia dan haiwan ternakan di seluruh dunia. pelbagai jenis penyakit yang melibatkan lalat terdapat di seluruh dunia atau khususnya di satu2 kawasan geografi dunia.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mempunyai sepasang sayap tetapi berbeza daripada nyamuk kerana mulutnya tidak seperti paruh yang tajam. mulut lalat berupa suatu struktur yg berfungsi untuk menjilat. lalat merupakan egen pembawa atau pemindah pelbagai jenis organisma patogen yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit sama ada pada manusia atau haiwan ternakan. seekor lalat dapat memindahkan lebih drpd 30 jenis bakteria yang membawa penyakit dan ia membawa bersamanya lebih kurang 5juta bakteria...
oleh kerana lalat merupakan egen yg membawa penyakit, maka Nabi s.a.w menyuruh agar dineutralkan racun yg ada pd lalat sekiranya ia terjatuh ke dalam air. sabda Nabi s.a.w dlm sbuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, maksudnya..."apabila lalat jatuh ke dlm minuman kamu, maka hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut kemudian dibuangkan, krna pd salah satu sayapnya membawa penyakit dan pd satu yg lain mengandungi penawar...

berdasarkan hadis Nabi ini, Prof Dr Mustafa Ibrahim Hasan, Pengarah di pusat Kajian Serangga Pembawa Penyakit,Universiti al-Azhar,Mesir telah membuat kajian yg bertajuk "Penyakit dan ubat pada dua sayap lalat",,kajian beliau mendapati bahawa:

1. terdapat sjumlah bakteria yg pelbagai dan byk pd kedua-dua sayap lalat, x sprti sayap nyamuk yg hanya mengandungi sdikit bakteria shja.
2.di dapati juga bakteria baik yg terdapat pd sayap lalat adalah lebih byk drpd bakteria jahat.
3. terdapat bakteria baik yg byk pd sayap kanan smua jenis lalat.

Rasulullah s.a.w menyuruh agar ditenggelamkan lalat itu dgn segera ke dlm air krana bakteria hanya aktif dan mampu bertindak apabila wujudnya "perantaraan" seperti makanan atau minuman yg terdapat di dlm suatu bekas..melalui perantaraan tersebut, bakteria jahat dan baik akan bertarung dan natijahnya bakteria baik akan menghapuskan sgala bakteria yang jahat.

Mukjizat al-Quran amat terserlah skli melalui penggunaan kiasan mengenai lalat ini. walaupun ia hanyalah seekor serangga yg kecil, namun makhluk ciptaan Allah ini sangat unik. ia skali gus membuka ruang kpd manusia utk berfikir dan merenung kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t...

TanDa tanDa haRi Kiamat


Tanda-tanda kiamat telah dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah. Sarjana Islam Al-Allamah Safarini (w. 1188) menjelaskan, “Tanda-tanda hari kiamat itu terbahagi kepada tiga bahagian ; satu bahagian telah nampak dan berlaku, satu bahagian sedang berlangsung dan satu lagi belum tiba. Di antara tanda bahagian pertama seperti diutusnya Nabi Muhammad SAW, kematian Nabi, penaklukan Baitul Maqdis serta pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan (semoga Allah redha kepada beliau).

Tanda-tanda lain, ialah peperangan yang terjadi antara kaum Muslimin, munculnya golongan sesat seperti Khawarij (golongan yang memberontak terhadap pemerintah) dan Rafidhah (Syiah), keluarnya para dajjal yang mengaku nabi, runtuhnya kerajaan Arab, harta yang melimpah, banyaknya terjadi gempa dan gerhana, serta hal-hal lain yang dikhabarkan oleh Nabi sebagai tanda-tanda hari kiamat”. (Al-Irsyad Ila Sahihil Iktikad Sudah Benarkan Akidah Kita, Dr Soleh Fauzan Al-Fauzan).

Ahli ulama klasik mahupun kontemporari sudah menulis buku yang khusus merinci peristiwa kiamat dan tanda-tandanya, antaranya ialah Al-Hafidz Ibnu Kathir dengan bukunya berjudul an-Nihayah (Huru-Hara Hari Kiamat). Manakala kalangan penulis kontemporari ialah Syaikh Yusuf al-Wabil, (Asyratus Sa’ah : Hari Kiamat Sudah Dekat), Dr Umar Sulaiman Asyqar (Al-Yaumul Akhir : Ensiklopedia Hari Kiamat) dan buku Barzakh & Kiamat selenggaraan Sakinah Ariff Johor (Karya Bestari). Satu kepentingan mengetahui tanda-tanda kiamat supaya umat Islam berusaha untuk tidak terlibat atau berperanan dalam menyemarakkan tanda-tanda kiamat itu.

Tioman giant jellyfish

hah! amekau!besar gedabak! apepun ianya salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa taw! kagum!

ObOr-oBor Gergasi.....

Besar betul binatang pelik bernama obor-obor yang dirakam oleh penyelam di Pulau Tioman ni. Kalau anda semua nak tahu obor-obor yang dalam gambar ini dari Malaysia, bukan dari Jepun. Berukuran 2 meter lebar dan berat 230kg, orang Jepun memangil Obor-obor ini dengan gelaran echizen kurage. kita bleh panggil bnatang ni gergasi raja obor-obor hehe. Jika obor-obor ini membiak dengan banyak pastinya akan mengganggu nelayan di Pulau Tioman kerana Obor-obor ini mampu memusnahkan jaring-jaring mereka sebab nak makan ikan hasil tangkap dalam jaring nelayan. 

pergghh! kalo ada depan mata den, mau den terkoncing dalam air tuh! seramm kan! ngeee~~



gergasi raja obor
Beza obor-obor gergasi dan penyelam manusia. Bezanya!


Rabu, 14 September 2011

##mengapakah IBU sering menangis??##

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Selasa, 13 September 2011

~cerpen pusaka OR neraka~

"Mak, kenapa tak sama banyak je mak? Kenapa Ila lebih, saya dapat sikit? Lebihnya bukan sikit-sikit. Kalau setakat setengah ekar ke satu ekar ke boleh juga saya terima. Ini lebih dari separuh. Dahlah macam tu, duit pun dia lebih juga." Tijah membantah.

"Alah... Jah, adik kau tu kan nak berniaga. Dia ada masalah sikit dengan perniagaannya. Jadi boleh juga dia cagarkan tanah peninggalan ayah tu untuk perniagaannya. Anaknya pulak ramai yang masih bersekolah, yang belajar lagi. Dia perlukan banyak duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya."

"Anak-anak Jahkan semuanya dah lepas. Dah tak ada tanggungan lagi. Dah tak pening kepala nak cari duit untuk perbelanjaan anak-anak. Cuma untuk belanja diri sendiri je." Maknya menyanggah.

Salim anak yang tua pula meluah, "Mak... patutnya anak lelaki yang lebih, kalau ikutkan Islam pun kata macam tu. Cuba mak tanya Ustaz Shofi, macammana cara yang baik dan betul untuk bahagi-bahagikan harta-harta ni."

Maknya terus membantah, "Ikut ajelah apa yang mak kata. Engkau orang apa tau. Duduk dahlah jauh-jauh belaka. Adik kau je yang dekat dengan kampung ni. Dia yang selalu menjenguk dan menguruskan tanah-tanah peninggalan ayah kau tu. Dia juga yang selalu datang dan ziarah mak, sediakan makan minum mak.."

Adik mereka yang kecil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Terus tersenyum-senyum malu, "Yelah abang, akak. Betul kata mak tu. Selama ni saya yang cari orang tolong bersihkan kebun tu, racunkan rumput, tebang pokok-pokok yang menyemakkan kebun tu. Cari orang yang ingin torehkan getah tetapi duitnya kita bagi sama banyak. Sakit pening masa arwah ayah tu dulu saya yang uruskan, nak harapkan abang dan kakak jauh-jauh belaka. Dah tu balik sekali-sekala aje."

"Ah...! Kau memang macam tu, membodek emak nombor satu. Semuanya kau nak sapu." Kata kakaknya, Tijah.

Setelah puas bertegang urat. Namun tiada muafakat. Walaupun telah diberi taklimat, keputusan ibunya tetap muktamad.

"Takpelah mak. Kami pun tak tau nak cakap apa lagi. Uruskanlah semuanya sendiri atau suruh anak menantu yang mak sayangi. Kami ni tak reti. Kita lihatlah apa yang jadi nanti." Kata Zul, abang keduanya mengalah.

Entah berapa kali mereka berbincang dan mengata dari belakang. Itulah keputusannya, itulah juga kata-kata maknya. Sudah tidak boleh diubah-ubah lagi. Terlalu susah untuk menyedarkan dan mengingatkan emaknya. Entah apa ubat, entah apa ayat yang diberikan oleh Ila membuatkan emak mereka terikat dengan katanya yang bulat. Keputusannya sudah muktamad.

Akhirnya mereka bersepakat, terus tanamkan tekad untuk tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku walaupun masa telah lama berlalu dan mereka tetap seperti itu.

.........................................................................

Di tepi jendela

Nenek tua itu duduk di tepi jendela. Menyelek-nyelak tabir usang yang tidak berganti malah tidak dibasuh entah berapa tahun lamanya.

Tabir itu sepatutnya menyerikan suasana di rumahnya tetapi telah menyemakkan mata yang memandangnya serta memburukkan lagi suasana di dalamnya. Mana tidaknya, rupanya yang kusam, lebam, balam, menambahkan serta memburukkan lagi suasana suram, muram dan guram.

Berhabuk, berbintik-bintik hitam, bertahi lalat malah telah tercarik bagaikan di cakar sang kucing liar.

Sebenarnya bukan kucing yang mencakar, bukan jari-jemari nenek tua itu yang mencakar-cakar tabir itu, tetapi cakaran waktu, cakaran masa dan cakaran hari-hari yang telah bersilih ganti datang dan pergi. Cakaran-cakaran serta carikan-carikan yang membuktikan telah bertahun ia setia di sisi jendela itu. Seusia cakaran dan carikan yang ada di hati nenek tua itu.

Hujan panas, siang malam malah ribut taufan yang silih berganti akan terus mengoyakkan tabir itu, akan berterbanganlah carikan tabir lalu jatuh ke lantai serta mereputlah di situ, tiada siapa yang mahu tahu.

Tiada siapa yang ambil tahu, tiada siapa yang ingin membantu. Namun nenek itu terus menunggu.

Tabir itu sepatutnya boleh melindungi cahaya yang panas terik, telah boleh menerobos ke dalam rumah. Tabir itu boleh menapis serta menghalang habuk dan debu-debu kotor dari memasuki rumah itu tetapi sekarang debu-debu boleh menyusup masuk di celah-celah belahan carikan-carikannya. Hujan panas yang kebiasaannya tidak lebat tetapi memudaratkan itu juga mampu masuk ke dalam rumah itu. Apatah lagi hujan lebat, hujan batu juga ribut taufan sudah pastilah meluru masuk ke rumah usang itu.

Usang.

Usang, seusang penghuninya. Senada sahaja apa yang ada di dalam.

Nenek tua itu masih di situ, masih lagi menyelak-nyelak tabir usang itu, mengintai-intai di luar jendela itu. Mengharapkan sapaan salam dari tetamu. Namun tiada siapa yang datang menyapa. Yang kedengaran hanyalah sapaan ayam itik di lamannya, serta kucing yang menjadi teman lamanya.

Nenek tua itu masih di situ, di jendela itu. Mengharapkan sapaan dari anak menantu serta cucu yang dirindu. Padahal suatu ketika dulu, rumah ini sentiasa ceria, sentiasa bercahaya dengan gelak tawa, dengan gurau senda ahli keluarganya. Tetapi sayang semuanya telah tiada, hanya kenangan yang terus bertakhta di hati nenek tua.

Syawal telah pun berakhir. Tiada siapa yang sudi datang ke rumah usang itu. Tiada Mercedess bermata bundar yang mau mengegar laman usang itu. Tiada Alphart yang mau merapat ke laman usang itu. Tiada kereta lama yang terbatuk-batuk enjinnya menjenguk ke laman usang itu. Malah basikal pun tidak mahu lalu di situ. Tiada siapa yang ingin singgah untuk menjengah nenek tua itu.

Kasihan dia, mengapa begitu jadinya..

Dia masih di situ. Membayangkan kenangan dulu. Bayangan yang masih terbentang di ingatannya, yang masih terang benderang menyuluh hidupnya. Dia rindukan hilai-tawa, jerit-pekik, senda-gurau juga tangis-mengada serta rajuk-hiba cucu-cucunya. Melihat keletah dan telatah cucunya, hatinya menjadi bahagia. Dia merasakan hidupnya cukup bermakna lagi penuh sempurna ketika itu.

Tetapi sekarang begitu jadinya..

Nenek tua itu masih di situ, masih di jendela itu, Meniti hari-harinya tuanya yang tidak menentu. Menanti dan terus menanti mengharapkan anak-anaknya kembali. Tetapi apakan daya, Syawal pun sudah meninggalkan kita. Harapan sudah pudar jadinya dan rasa kecewa pula yang bertakhta.

Nenek tua itu masih di situ, menunggu dan terus menunggu, di jendela yang kaku, menanti kehadiran anak menantu serta cucu. Apakah masih ada waktu untuk mereka bertemu, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita dan mengadu, untuk berbaik tanpa cemburu, sebelum senja berlalu, sebelum malam membisu, sebelum badan sejuk kaku, hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah hati mereka sudah beku? Tidak adakah rasa sayu? Tidak adakah rasa terharu? Tidak adakah rasa malu? Membiarkan ibunya begitu. Ibunya menangis tersedu-sedu.

Kenangan lalu..

Dia terkenangkan anaknya Kamal. Anak pertamanya yang tinggal di Kuala Perlis. Sudah lama dia tidak balik ke kampung halamannya. Jauh adalah alasan utamanya. Masalah kewangan juga antara puncanya. Walau bagaimanapun setahun sekali akan pulang juga ke kampung Sentosa, kampung halamannya. Tetapi semenjak ibunya membahagikan harta pusaka keadaan sudah berubah. Dia sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak balik ke kampungnya. Sebenarnya hatinya telah terluka.

Anak keduanya pula, walaupun berada di Kuala Lumpur, masih tidak boleh balik ke kampung, katanya, "Kerjanya tak menentu, waktu cuti pun bertugas juga." Itulah jawapannya bila sesekali emaknya menelefon.

"Budak-budak ni pun sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen. Hari cuti pun ada kelas, jadi susah sikitlah nak balik ke kampung." Sambungnya lagi.

Manakala anak ketiganya, Tijah pula sudah berubah, katanya, "Abang Din sibuk sejak kebelakangan ini mak, selalu outstation jadi Tijah ikut ke mana abang pergi."

Itulah antara jawapan yang biasa diberi apabila emaknya berada di talian talefon. Sebelum ini dia jarang mengikut suaminya. Sejak anaknya besar dia selalu mengikut suaminya. Sebenarnya hatinya tersinggung dengan sikap ibunya yang melebihkan adiknya.

"Ilakan ada, diakan anak kesayangan mak. Diakan dekat dan selalu menjenguk mak.." Terkedu dan terbisu nenek itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut celupar anaknya. Bagaikan 'memulangkan paku buah keras' pada ibunya.

Mereka memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa ibunya. Mereka marah pada ibunya. Mereka cemburu dengan adiknya. Mereka sudah lama tidak bertanya khabar tentang adiknya, juga ibunya. Biarlah begitu, mereka tidak mahu bertemu dengan adiknya. Mereka sudah tidak mahu melihat muka adiknya.

Manakala anak kesayangan nenek itu, anaknya yang bongsu yang tinggal di bandar berhampiran kampungnya. Suatu ketika dulu memang selalu menjenguk nenek itu. Makan minumnya sentiasa terjaga. Bajunya sentiasa dibasuh dan dilipatnya. Rumahnya selalu dikemaskan, disapu lantainya, ditukar langsirnya, dipotong rumput halaman rumahnya.

Tetapi... semenjak dia dapat membolot kebanyakan harta pusaka peninggalan ayahnya, dia sudah jarang balik ke kampung, menjenguk ibunya walaupun dekat sahaja.

"Sibuk.." Perkataan yang selalu keluar dari mulut Ila pada emaknya. Perniagaannya bertambah maju sekarang ini. Nak ditinggalkan takut pula tak dapat projek atau kontrak. Mana nak cari duit nak bayar rumah bonglo di atas bukit itu. Macamana nak bayar hutang kereta yang lebih sejuta harganya. Belum lagi dikira belanja yang lainnya, makan di hotel berbintang-bintang, melancong ke hujung dunia.

Apabila bercuti, digunakan untuk membawa anaknya ke luar negara. Katanya "Inilah masa untuk bermesra dengan suami dan anak-anaknya." Untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

Tidak mengenang budi.

Begitulah lumrahnya manusia. Tidak ingatkah dia akan ibunya yang mengorbankan harta bendanya, pusaka suaminya untuk anak yang disayanginya? Bila dah senang beginikah balasannya? Sanggup membiarkan ibunya merempat di kampung halamannya.

Anak tidak mengenang budi. Duit sudah banyak, tetapi biarkan ibunya sendiri. Sakit peningnya sudah tidak dipeduli. Makan minumnya sendiri. Tidurnya bertemankan mimpi ngeri.

Inikah balasan untuk dirinya. Tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Tidak berfikir apakah akibatnya. Bertindak sesuka hati tanpa usul periksa. Tidak bertanya pada yang arif tentang pusaka. Sepatutnya terlebih dahulu berdoa pada yang Esa, mohon petunjuk dan hidayah-Nya. Apakan daya menyesal sudah tidak berguna.

Masih ada masakah untuk bersatu?
Nenek tua itu tidak banyak waktu,
Malaikat Izrail sedang menunggu,
Untuk mencabut nyawa nenek itu,
Menghantarnya ke dunia baru.

Nenek tua itukan ibumu,
Usah dikenang kisah yang lalu,
Yang terluka dan rasa cemburu.

Nenek tua itu tetap ibumu,
Ibumu yang satu,
Walau apa pun yang berlaku,
Walaupun marah, tak setuju,
Janganlah disisihnya begitu.

Nenek tua itu tetap ibumu,
Yang lalu biarlah berlalu,
Binalah hidup baru,
Kerana Allah sentiasa melihatmu,
Mencatat apa yang berlaku,
Syurga atau Neraka adalah tempatmu,
Pilihlah mana yang engkau mahu.

Berbaktilah untuk ibumu,
Demi Syurga yang menunggu.

Tidakkah terbuka hati mereka untuk menghentikan segala sengketa? Tidak terfikirkah mereka tentang dosa dan pahala? Tidak takutkah mereka akan Neraka? Mereka semuanya ada salah dan silapnya di mana-mana. Saling bermaaf-maafan, itulah yang terbaiknya. Atau sanggupkah mereka membawa 'Pusaka ke Neraka'?

Inilah akibatnya terlalu memikirkan dunia.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan harta benda.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan diri sahaja.
Sangup tidak bertegur sapa.
Sangup tidak bertanya khabar berita.

**********************************************

Firman Allah Ta'ala bermaksud :

"Berikanlah kepada kaum kerabat hak masing-masing." [al-Isra: 26]

Dan lagi

"Dan Kami perintahkan manusia supaya berbaik-baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya penuh derita dan melahirkannya penuh sengsara, kemudian menyusuinya selama tiga puluh bulan." [al-Ahqaf: 15]

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling erat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran."