BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 10 Disember 2010

akhiri cinta dengan perkahwinan.....




ISLAM sangat menggalakkan umatnya supaya membangunkan institusi keluarga melalui perkahwinan. Alangkah baiknya sekiranya setiap keluarga yang mempunyai anak dewasa merancang perkahwinan untuk anak mereka.

Dengan berbuat demikian, keluarga baru akan terbentuk dan tata susila dapat dijaga.

Apabila keluarga tidak memandang soal pembentukan keluarga dan akhlak dan hanya menumpukan kepada pencapaian ekonomi dan material semata-mata, tentu akan berlaku kerosakan kepada individu dan masyarakat.

Maka akan timbul pergaulan bebas dan berlakunya zina. Ibu bapa perlu mengambil berat peralihan usia anak ke alam remaja dan dewasa.

Mereka perlu dididik supaya tidak bergaul secara bebas. Islam menyarankan supaya perkahwinan dipermudahkan dan dititikberatkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.

"Dan sesiapa antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai."

Begitu juga al-Quran menyarankan supaya perkahwinan digalakkan dalam semua peringkat umur dan status seseorang dalam Firman Allah s.w.t: "Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui. Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, ..." (Surah al-Nur ayat 32-33)

Al-Quran juga menyarankan supaya setiap umat Islam perlu menjaga kehormatan diri sekiranya tidak mampu untuk berkahwin atau ada halangan tertentu.

Rabu, 8 Disember 2010

harta paling berharga d dunia....


...Allah sentiasa dekat bersama hamba-hambaNya yang lemah...


sesungguhnya Allah menciptakan segalanya...menghadiahkanku dua insan yang melahirkanku..menjagaku...mengajarku agama..mendidikku..memberiku makan..memberiku pakaian yg indah2..memberiku segalanya...itulah harta yang paling bernilai bagiku...ma dan ba.

sentiasa ku mengharapkan redha daripd kedua ibu bapaku..redha Allah..
seperti sabda Rasulullah yang bersabda:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua IBUBAPA......"


Riwayat Al hakim

Daripada hadis ini kita semua dituntut untuk menjaga perasaan dan hati kedua ibu bapa yang telah menjaga kita dari dalam perut hingga kita berjaya. Renungkan kembali sejauh mana kita menjaga ibu dan bapa kita. Adakah kita golongan anak soleh. Ataupun kita dalam kelompok yang sebaliknya...nauzubillahi min zalik....Justeru walaupun kita sudah berjaya ingatlah ibubapa kita dan sehingga titisan darah terakhir kita doakan lah kesejahteraan kepada ibu bapa kita......

sentiasa ku ingat setiap pesanan ba dan ma....sentiasa ku cuba menjaga setiap tutur kataku supaya tidak terguris hati mereka.....sentiasa ku cuba mengerti perasaan mereka....dan sentiasa ku menjaga hubunganku dengan adik beradikku....sesungguhnya mereka sangat menjaga hatiku..

sedari dulu...zaman kanak-kanak ku sangatlah degil....entah bagaimana agaknya ba dan ma menjagaku....andai kata nanti bila ku punya segalanya..ingin aku menjaga mereka...seperti mereka menjagaku...selebihnya aku berdoa pada Allah tuk membalas jasa mereka andai kata aku pergi dulu sblm mereka...tiap kali ku harapkan doaku d terima olehNya...ku cuba jadi anak yang baik..kerana anak yang baik sentiasa dijauhi daripada melakukan keburukan terhadap kedua ibubapa....

"ya Allah....andai aku banyak melakukan dosa padaMu..pada kedua ibubapaku..pada adik beradikku..pada kawan-kawan..pada insan lain...kau ampunilah aku...jangan kau hukum kedua ibubapaku...kerna mereka telah menjagaku dengan penuh kasih syg dan mendidikku...kau hukumlah aku kerna kesilapanku....tidak kira dosa kecil mahupun besar...sesungguhnya hambaMu ini tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan...tunjukkan aku jalan yang benar jalan orang-orang yang kau redhai...sempurnakan amal ibadat kedua orang tuaku dunia akhiratMu..bahagiakan kami sekeluarga...jauhkan aku dari bermusuhan dengan mana-mana hambaMu didunia ini....amin ya rabbal alamin.."

Isnin, 6 Disember 2010

takrif pertunangan..('';'')



Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.