BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 10 Disember 2010

akhiri cinta dengan perkahwinan.....




ISLAM sangat menggalakkan umatnya supaya membangunkan institusi keluarga melalui perkahwinan. Alangkah baiknya sekiranya setiap keluarga yang mempunyai anak dewasa merancang perkahwinan untuk anak mereka.

Dengan berbuat demikian, keluarga baru akan terbentuk dan tata susila dapat dijaga.

Apabila keluarga tidak memandang soal pembentukan keluarga dan akhlak dan hanya menumpukan kepada pencapaian ekonomi dan material semata-mata, tentu akan berlaku kerosakan kepada individu dan masyarakat.

Maka akan timbul pergaulan bebas dan berlakunya zina. Ibu bapa perlu mengambil berat peralihan usia anak ke alam remaja dan dewasa.

Mereka perlu dididik supaya tidak bergaul secara bebas. Islam menyarankan supaya perkahwinan dipermudahkan dan dititikberatkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.

"Dan sesiapa antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai."

Begitu juga al-Quran menyarankan supaya perkahwinan digalakkan dalam semua peringkat umur dan status seseorang dalam Firman Allah s.w.t: "Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui. Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, ..." (Surah al-Nur ayat 32-33)

Al-Quran juga menyarankan supaya setiap umat Islam perlu menjaga kehormatan diri sekiranya tidak mampu untuk berkahwin atau ada halangan tertentu.

Rabu, 8 Disember 2010

harta paling berharga d dunia....


...Allah sentiasa dekat bersama hamba-hambaNya yang lemah...


sesungguhnya Allah menciptakan segalanya...menghadiahkanku dua insan yang melahirkanku..menjagaku...mengajarku agama..mendidikku..memberiku makan..memberiku pakaian yg indah2..memberiku segalanya...itulah harta yang paling bernilai bagiku...ma dan ba.

sentiasa ku mengharapkan redha daripd kedua ibu bapaku..redha Allah..
seperti sabda Rasulullah yang bersabda:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua IBUBAPA......"


Riwayat Al hakim

Daripada hadis ini kita semua dituntut untuk menjaga perasaan dan hati kedua ibu bapa yang telah menjaga kita dari dalam perut hingga kita berjaya. Renungkan kembali sejauh mana kita menjaga ibu dan bapa kita. Adakah kita golongan anak soleh. Ataupun kita dalam kelompok yang sebaliknya...nauzubillahi min zalik....Justeru walaupun kita sudah berjaya ingatlah ibubapa kita dan sehingga titisan darah terakhir kita doakan lah kesejahteraan kepada ibu bapa kita......

sentiasa ku ingat setiap pesanan ba dan ma....sentiasa ku cuba menjaga setiap tutur kataku supaya tidak terguris hati mereka.....sentiasa ku cuba mengerti perasaan mereka....dan sentiasa ku menjaga hubunganku dengan adik beradikku....sesungguhnya mereka sangat menjaga hatiku..

sedari dulu...zaman kanak-kanak ku sangatlah degil....entah bagaimana agaknya ba dan ma menjagaku....andai kata nanti bila ku punya segalanya..ingin aku menjaga mereka...seperti mereka menjagaku...selebihnya aku berdoa pada Allah tuk membalas jasa mereka andai kata aku pergi dulu sblm mereka...tiap kali ku harapkan doaku d terima olehNya...ku cuba jadi anak yang baik..kerana anak yang baik sentiasa dijauhi daripada melakukan keburukan terhadap kedua ibubapa....

"ya Allah....andai aku banyak melakukan dosa padaMu..pada kedua ibubapaku..pada adik beradikku..pada kawan-kawan..pada insan lain...kau ampunilah aku...jangan kau hukum kedua ibubapaku...kerna mereka telah menjagaku dengan penuh kasih syg dan mendidikku...kau hukumlah aku kerna kesilapanku....tidak kira dosa kecil mahupun besar...sesungguhnya hambaMu ini tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan...tunjukkan aku jalan yang benar jalan orang-orang yang kau redhai...sempurnakan amal ibadat kedua orang tuaku dunia akhiratMu..bahagiakan kami sekeluarga...jauhkan aku dari bermusuhan dengan mana-mana hambaMu didunia ini....amin ya rabbal alamin.."

Isnin, 6 Disember 2010

takrif pertunangan..('';'')



Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

Selasa, 2 November 2010

dialog ayam dan lembu..=) lawok molekla..



ayam: manusia ni memang pentingkan diri sendiri...!!

lembu: kenapa kau kata macamtu?

ayam:tengoklah apa mereka buat kat aku!!

lembu:hah..! buat apa plak?

ayam:aku ni bertelur hari-hari..aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor, orang kata ada jugak waris aku bila aku xde nanti...
tapi...manusia ni memang x berhati perut.!hari-hari dorang makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak!

lembu: alah! kau punya masalah kecil aje!

ayam: ??maksud kau??

lembu: aku ni kalau fikirkan nasib aku lagi malang. rasa nak bunuh diri pun ada. bayangkan,hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun x pernah panggil aku MAK!

ayam: ??(dalam hati..x bleh pakai punya lembu!)

Isnin, 1 November 2010

jangan takut tuk kahwin awal...

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Rabu, 13 Oktober 2010

TRAGEDI 10.10.10.....xcdent d lbuhraya PLUS




AJAL MAUT D TANGAN TUHAN....SESUATU TRAGEDI XKAN BERLAKU JIKA TUHAN TIDAK IZINKANNYA TERJADI....SUBHANNALLAH....KUASAMU TUHAN...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Di Pondok Kecil

Khamis, 5 Ogos 2010

slamat menyambut bulan Ramadhan

Khamis, 29 Julai 2010

sami yusuf mother-with lyrics

Isnin, 26 Julai 2010

entahla..antara dugaan dan kesilapan daripd manusia itu sendiri

bila d sebut soal 'ibu' pasti semua tersenyum,,teringat,,..ha a tentu lah sbb dia yang melahirkan kita..dia lah teman..dia lah penawar duka..dia lah badut..dia lah yg mengajar kita ketika kecil..dia lah everythg..

pernah dlu kita janji akan sentiasa jaga hati ibu kita walau apepun yg terjadi..kita kata bila besar esk2 dapat keje bagus2 kita nak beli rumah besar...kereta besar..nak bagi kat ibu la...pastu ada duit lebih nak belikan mak gelang tangan...nak bawak mak pegi tanah suci Makkah...wahhh....bila kita tringat janji2 tu rasa cam kita lah anak yang baik..berguna tepati janji...bayangkan alangkah gembira dan terharu ibu kita mendengarnya...tapi...adakah semua itu akan termakbul..kini kita dewasa...blajar tinggi2..punya keja tetap..dah berpangkat tinggi..punya harta sendiri..adakah semua janji2 kita dahulu pd ibu sudah d kotakan?????? hmmm....ibu menanti janji itu d kotakan tapi tiap kali ibu tidak mengungkit....

susahkan jadi seorang anak?? lebih2 lagi anak lelaki...tanggungjwb mereka lebih berat daripd tggjwb anak perempuan..sebab tu kadang kita perlu mohon dengan Tuhan mudahan niat kita utk membahagiakan seorang ibu mudah tercapai....walaupun kita sudah punya rumah tangga sendiri...tggjwb dengan ibu mesti d titik beratkan...hidup anak sentiasa perlu berdoa agar semua urusan dunia lancar...agar kita dapat barakah-Nya...ibu pula slalu doakan kita..walaupun kdg kala ibu juga punya dosa sendiri...tapi itu semua bukan penyebab kita sbg anak tidak perlu menunaikan tggjwb kita masing2..hmmmm mengeluh lagi..ibu punya semangat kuat..sentiasa juga menitiskan airmata bila sendirian...memikirkan keadaan kita d rantauan...bila kita punya masalah besar,,,ibu selalu gelisah...sedih...tapi kita jarang kongsi masalah dengan ibu...kita jarang tanya khabar ibu sihat ke x...kita jarang telefon ibu tnya sudah makan ke x...kita jarang SMS ibu bila tiap kali ada sambutan "HARI IBU"....hmmm dapat kita rasa ibu mesti sedih...kadang x semua masalah ibu luahkan pada semua anak2nya...hmmm

ibu....dulu slalu gelak sama ngan kita...tapi kini ibu susah nak gelak...mgkin ibu sudah banyak terkilan dengan sikap anak2...susahkan kita jadi anak...??sebab tu susah nak jumpa anak yang soleh dan solehah..sebab, kadang benda yg ibu larang tu la yang kita buat..benda yg ibu suruh kita jarang buat...kita tahu ibu susah nak luah apa yang dia rasa..ibu banyak simpan dalam hati...

ibu...tiapkali raya mesti nangis...kenapa??? sukar d jangka...

hanya satu senyuman..gelak tawa yg ibu betul2 gembira bila bersama anak2 semua...menceriakan pagi hari bersama ibu d rumah...makan sama2...satu rumah riuh rendah...wahhhhh....dapat d rasakan seronoknya perasaan ibu...mugkin itu yang mampu kita buat...balik kampung..luangkan masa bersama ibu walau sekejap...kegembiraan ibu pastinya menghilangkan kekusutan hatinya..

hmmm senangkan jadi anak??? kalau kita mampu gembirakannya buat slamanya...hidup kita pun mungkin akan ceria..senangkan??? kita hanya doa seikhlas hati untuk ibu bapa kita...tunaikan tanggungjwab kita sbgai sorang anak...lebih2 anak lelaki...bila kita punya duit..ringan2 kan la tangan kita hulurkan pada ibu walau sedikit...wahhhh ibu sudah mula senang hati...dan kita juga sudah mula d murahkan lagi rezeki oleh-Nya...hmmmm mudahkan...kita jugak boleh jadi anak soleh dan solehah kalau urusan kita dengan ibu bapa, keluarga, dan dekat dengan Allah...walau kita bukan anak yang perfect'...tapi kita boleh titipkan doa...sebab doa ikhlas sorang anak untuk ibu bapa boleh mengampunkan dosa kita terhadap mereka...hmmmm

bolehkan kita janji jadi anak yang baik pd pandangan Allah...pd pandangan ibu bapa...pd pandangan semua dan pada pandangan adik-bradik....itu yang kita perlu niatkan dlm "qolbu" kita...walau org lihat kita jahat biarlah ianya hanya luaran sahaja..dan biarlah dalaman hati kita ikhlas....alhamdulillah...setiap dugaan perjalanan hidup pasti d akhiri dengan kesenangan dunia dan akhirat...betulkan...:-)

Rabu, 21 April 2010

jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

kisah ibu menangis..knpa???

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

10 nasihat untuk org bercinta

berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Selasa, 20 April 2010

manisnya taubat

Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"

"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".
Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Rabu, 14 April 2010

DI sEBALIK hanTARAN Al-QURAN

Assalammualaikum......



Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih"
balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu
lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju
putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik
dalam lingkungan 40-an..

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid" sengih
Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca
la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan
Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru
sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita
dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan
orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas
maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil
menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut
sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih " detik hati Nabil.

" Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! " berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah
menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang
menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah
entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. " kedengar suara
gemersik Ustaz Sa 'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang
perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian
menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang
muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian
ustaz Sa 'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini
tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga
hari kiamat.. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran
sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap
hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang
walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya.." penutup Ustaz Sa 'ad sudah dikagumi orang terutama yang
mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah
senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head.. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

9 MIMpi NABI MUHAMMAD SAW...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Wasalam..

dOa-Doa Untuk mengekalkan hbungan...INsya-Allah:-)




Untuk sesiapa yg jatuh hati pd seseorang dn berharap si dia mnjdi milik kita..amal2kn doa ni...thumbs up


" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."

SATU KISAH SURAT SEDIH UNTUK AYAH

SURAT UTK AYAH... (sedih)

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn
Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…
——————————————————–
Ayahku yg tercinta,
Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun
tidaklah terlalu tua).
Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.
Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.
Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.
Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-
keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .


PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..hehe

Isnin, 12 April 2010

besday my mother today la.....:-)13/4/2010


terlintas d pkaran detik kol 12...masuk tarikh 13.4...tarikh yg istimewa..yeee....hari lahir ma..yg ke 53 taon dah...dah lanjut usia ma..tp tetap bergaya...paling cantik...masih tbayang raut wajah ma yg putih..tersenyum pd telatah anak2 yg degil2...
smpena ulang tahun kelahiran ma hari ni...ida harap sangat ma makin bahagia dan sihat2 slalu...ida n anak2 ma yg lain sume syg ma...walau tiada masa bersama slalu..kami sume tetap ingat ma tiap detik..ida mgharapkan sesuatu daripd ma..tiap ari ingat ma..nk mandi...gosok gg...pakai baju...wat sement...makan...nk pegi klas...sntiasa ingat senyuman ma...terlalu banyak yg tersingkap d sebalik sume yg berlaku...hanya DIA yg tahu..
ma tau x...ida makin sedih bila tahu ma sedih..sbb kita kan slalu bsama dlu..sume cite kgsi..sampai org lain xtau...ade mnarik..lucu...sedih...emmm biasa lah...
ida tringin nak makan masakan ma...lama dah x rasa...sama jugak ank2 ma yg lain..sume tringin.. kalau ida masak xsesedap masakan ma..emmm...ma... ma....bila kah masa untuk kita bersuka ria lagi...ida menantikannya...

Ahad, 11 April 2010

runcingan penulisan...mana tau kot masuk yg ni..

ltihan yg biasa cik ezura tekan kan.....

** berikan 3 jenis retorik

** 3 jenis ragam bahasa

** 3 jenis teknik penulisan

** apa yang d maksudkan dengan penulisan

** apa maksud perenggan dan fungsinya

** esei gagasan 1 malaysia.....

Sabtu, 10 April 2010

19.4.10... exm sem 2...takot nye



semester 2 pengajian rasa lebih takot berbanding semester 1...banyak yg kena baca..ingat..yg fakta lagi la kan kna ingat..faham..xblh nak klentong je...kena usaha jugak..tawakal..pasti Tuhan mengetahuinya...ya Allah...macam mana la aq nanti nak tempuhi...kuat ke x aq..?? jaga lah hambaMu ini dalam setiap perlakuan dan amalanku sharian...

Khamis, 1 April 2010

bila gembira xbermakna hatiku senang....

sedih sgt....

Selasa, 23 Mac 2010

,sayu hati..terpegun....bila terbaca kisah ni..

Kisah Jumpa Rasulullah Pelajar UIA

Assalamualaikum. ..ana copy dari blog ust syukri harun. syukur ALLAH temukan dengan pengalaman ukhti syamimi ini...Astaghfirulla h. Mari kita muhasabah bersama sebelum terlambat.

syukran jazylan.
Assalamualaikum
Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.

# sy copy dr seorang teman (^_^)

Isnin, 22 Mac 2010

seharian hari ni kat parlimen....22.3.10

huff satu pengalaman yg xdapat d lupakan...bes...nervous pon ade...tgk ahli2 dun berbahas sesama sendiri...bukan main hebat lagi...ada yg betol2 marah..laki pompuan semangat je..emm tp kan perkara kecik je sal jantan dan betina je blh jadi pjg lebar berbahas...tu la kan dunia politik pon ade..hmm korang nk tau x..masa kami sume nk masuk dalam dewan rakyat n dwn negara..bermacam praturan kna patuhi...misalnya sblm masuk kna scan beg dlu..cek kot2 ada benda larangan d bawa masuk..bnda larangan tu cthnya sperti botol air mineral, handphone...pas tu pakaian mesti kemas berkasut...bg yg pompuan plak kna hati2 kalau pakai kasut bertumit tinggi..maklom sajalah dlm sana byk tangga...kot nti terjatuh...n then lagi kan..kami diminta supaya brada dlm keadaan senyap semasa dlm dewan persidangan..yg bergerak hanya kaki je..pastu kena tunduk hormat sblm duduk dlm dewan bg mghormati YDPA dan dwn tersbut...cam tulah...berbagai karenah dan satu pengalaman dapat bersama menyaksikan semua menteri bersidang...ada sal isu tanah yg terbiar...isu perumahan...isu buruh dari luar yg d bayar gaji lebih...isu jambatan yg blm siap..isu kontraktor dan tnaga buruh tiada mnyebabkan byk pojek pembinaan tergendala..hmm hebat tol dorang kan...lepas dari tu kami masuk dwn ngara plak untuk berehat sambil2 bertanyakan soalan pd pengurus kat c2..lupa nama dia ape...dan jugak kami berkesempatan jumpa dengan timbalan menteri pengajian tinggi...borak2...pastu kami dapat makan free...timbalan menteri tu la yg belanja...hmm bes jugak.time kasih la krana sudi bg kami sume makan free..bukan senang nk jumpa menteri2 sume..ptg tu dlm kol 4.30 kami tolak balik kolej..huff penat tp bes..

Ahad, 21 Mac 2010

layak x aq untuk meminta dari-MU....

layakkah aq meminta dari-MU????...terlalu banyak yang ingin ku minta dari-Mu...

HUJAN......

sungguh indah bumi Allah menciptakan sang matahari bersinaran, pelangi bewarna-warni, awan memutih, lautan kebiruan, udara yang nyaman, bintang berkilauan, bulan nan indah, dan hujan yang mendinginkan kalbu.....alhamdulillah....nikmat Allah yang tak terbandingnya dengan ciptaan yang manusia cipta...aq suka sangat pada hujan...hati yang panas boleh jadi sejuk....rindu yang sikit boleh jadi menebal banyaknya...tiap kali hujan semua orang tenang...tiada keresahan kepanasan...tiada rungutan..bumi Allah kesejukan dek dibasahi titisan hujan...teringat dulu kala..ketika qu kanak2...bila hujan je terus mintak izin nak mandi ujan depan umah...trasa bebanan tiada bila dapat mandi hujan...berlari-lari anak brsama kawan2 skampung..wahhhh seronok.....skg,,dah berubah..tiada lagi mandi hujan..masalah pun smkin bertimbun...tapi bila hujan semuanya hilang..fikiran jadi kosong..lebih kuat lagi mengingatkan kampung halaman..banyak pristiwa yg berlaku bila hujan...sungguh besar dugaan yang Allah berikan..sejauh mana ketabahan hambaNya...bila hujan mesti nangis...yelahh aq memang la cepat sgt sensitif.thats y aq suka hujan...tgk hujan boleh tenangkan pkran aq..emmppp....tu lah manusia kena sentiasa bersyukur dgn pemberian Allah...

"COLLECTIVE REPRESENTATION"

CR merupakan salah satu kepercayaan d luar fikiran masyarakat melayu lama..ianya dikaitkan dengan isu kepercayaan karut, halus, yang dipengaruhi oleh unsur alam ghaib...CR juga dapat kita kaitkan dengan Bomoh...jika cakap mengenai CR, scra tidak langsung akan memikirkan mengenai kuasa bomoh, pawang atau ustaz bertauliah...kebiasaannya unsur mempercayai alam ghaib sangat popular pada masa dahulu kala..zaman nenek moyang kita terdahulu...dan kini..kprcayaan seperti CR tidak lagi dipercyai..kerana segelintir masyrakat tidak percayai pada bomoh dan alam ghaib..dianggap satu kepercayaan yang tidak rasional...namun demikian, kenapa bomoh masih d perlukan sehingga kini??sedangkan kebanyakan masyarakat tidak lagi percaya pada kepercayaan alam ghaib yg dikatakan karut dan rekaan semata-mata...satu persoalan yg mesti dijawab..hmmm....sambung nanti lak...k..

Sabtu, 20 Mac 2010

satu pengalaman dapat blajar d tempat org...

bila dulu kat kg tiap hari duk pk camna la nanti jikalau aq dpt sambung blaja kat tempat org..jaoh dari ibu bapa..yelah maklom saja lah tmpat asing bg aq..org kg ni bila ke bandar boleh lain jadi nya..tu lah..bila skg dah ada kat kuala lumpur blh lihat mcm2 jenis perlakuan manusia yg sblm ni xpernah qu lihat..kdg takot jugak kalau nanti terpengaruh...alhamdulillah buat masa skg masih ingat asal-usul lagi..n mintak sgt ingat sampai bila2...emm..banyak sgt pengalaman bila blaja kat cni..(universiti malaya)..dapat kawan ramai..dapat tgk glagat manusia..kwn2...tambah pngalaman..tambah ilmu tu yg utama...berdikari sendiri..ape2 jelah..yg penting..bila kua u nanti dapat keje..tu yg utama..

ku cintai Tuhan kerana aku ciptaan-Nya...ku cintai seseorang itu kerana perasaan yg dicipta-NYA

....ni dia laki yg sy suka la jugak...hehe...org kata cinta itu hadir tanpa dipaksa kan...sy xpaham la apa itu cinta...adakah bila tgk terus suka di katakan jatuh cinta??ekkkk....hmmm boleh x sy serahkan saja pada Tuhan utk menentukan cinta sy...kalau dia d jodohkan utk sy..alhamdulillah...sy pasti terimanya dengan hati yg ikhlas...ceeee waahhhh!

family tercinta...



moga Allah rahmati kehidupan kita sekeluarga...

my siblings...
*kak >>nor maria mohamad
*abe >>mohd hamdan mohamad
*eyi >>mohd khairi
*angoh >> mohd rahimi
*eg >>mohd hafizi
*ejak>> mohd rejab
*its me >>nor wahida
*ewan>>mohd safuan
*ebi >>mohd busyra

sayang u all....syukur yg tak terhingga dapat siblings yg cam ni...hepi always..ingat pesan ba ma...jadi anak yg baik....suka duka kita kgsi bersama...peacee...Allah dehearty.....

Jumaat, 19 Mac 2010

TUHAN TAHU APA YG KU INGINKAN....



Ya Tuhan...adakah kau mendengar dan menerima doa-doa Ku ini....aq insan kerdil yg seringkali silap dlm mnunaikan perintah Mu....ya Tuhan..sesungguhnya ku serahkan segalanya padaMu..stiap plakuanku d dunia ini...stiap amalanku baik mahupun tidak..ku doa Kau hamparkan padaku kebahagiaan yg berpanjangan bersama kedua ibu bapaku Ya Allah...tetapkan imanku dalam apa jua yg ku kerjakan setiap hari..aq masih lg mencari sinar kejayaan..berikan aq sedikit rasa cammana jadi seorang pelajar yang berjaya...d kagumi ma ba..sungguh banyak dugaan yg Kau berikan Ya Allah...

Rabu, 17 Mac 2010

rindunya pd ma...ba..


rindunya kat ma dan ba...tiap saat tiap detik tiap hari.....ya Allah camna la keadaan ibu bapaku d kg?? adakah sihat??ya Allah aq sedih sgt bila terkenangkan masa dahulu bsama kuarga..susah payah bsama..sedih bsama..suka bsama...memori sentiasa d ingatan...ma dan ba jan risau...ida sentiasa doakan ma dan ba sentiasa beroleh syafaat dan sentiasa d jalan yg benar...ma ba...ida kat sini slalu ingat pesanan ma dan ba...blaja sungguh2...sbb kita bukan dari kuarga senang...duit pon jgn boros sgt..yang utama smayang jgn tinggal..bila sujud sentiasa doa dlm hati moga d permudahkan segala urusan dunia..suara nsihat ba dan ma sentiasa terngiang dalam pikiran ida...ida xkan penah lupa...ida pon nk jadi anak yg baik..nk tunaikan harapan ma dan ba..walopon ida kadangkala pon penah lalai, penah putus asa sbb blaja kat universiti cni...banyak dugaan..tp sume tu ida xkisah..sbb ida anggapnya sbgai satu cabaran dunia dan beri semangat tuk teruskan blaja..nanti kan ida nk jadi anak yg berjasa pd ma dan ba...dulu, ida sangkakan diri ni xpandai cam org lain...ida sgkakan xmgkn lah dapat masuk u...blaja pun malas..tp bila ida tgk keadaan hidup kita sekeluarga 'camni'..terfikir jugak nak masuk u..nk keje senang2..dapat jugak bg duit tuk ma dan ba..bals jasa ma dan ba...lepas dari tu, ida tanamkan azam nak blaja sguh bia dapat masuk u...kat asrama kan,,ida dapat petunjuk...kna kuatkan semangat..xde duit xmghalang tuk ida bjaya..dgn berkat usaha dan doa siang mlm..alhamdulillah...akhirnya lepas exam stpm je dapat gud result lah walopon xsetinggi mana...blh la 3 lebih...dari kesusahan dan kasih sayang yg kuat dari kuarga membuka balik semangat ida tuk teruskan usaha...bjaya dan bjaya hingga ke akhir pengajian...ma dan ba...trima kasih...yg xterhingga...doa kan lah ida kat cni...sbb ida perlukan lebih doa dari ma dan ba...mudahan ida xlalai lagi..xmalas lagi...ida syukur pada Ilahi kerana kurniakan ida keluarga yang penyayang dan sumenya baik2...alhamdulillah...:-)moga Tuhan rahmati kehidupan kita sekeluarga..sayang ma dan ba..

Isnin, 11 Januari 2010

Part Of My LiFe: kemalangan ngeri bas ekspres-26th dec 09

Part Of My LiFe: kemalangan ngeri bas ekspres-26th dec 09
xbleh nk salah kan 100% pemandu bas...dah di takdirkan ajal maut arwah2 pd hari dan masa tu.....dah tertulis Tuhan berkehendakkan kematian ke atas mereka yg tlah pegi...jgn kita duk mengutuk yg xtentu pasal..pmandu bas pun sudah berhati2...cuba kita d tempat nya...jgn salahkan 100%....sedekahkan takziah tuk arwah2....amin