BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 20 Disember 2011

:perempuan MEMANG x GUNA:








Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju.

Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1) Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2) Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3) Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4) Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5) Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat

6) Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya

7) Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini?.”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya

8) Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9)Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jumaat, 2 Disember 2011

Tip Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan...

* BANGUN SEBELUM SUBUH
* AKTIF MENJAGA KESIHATAN
* TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
* GEMAR BERJALAN KAKI
* TIDAK PEMARAH
* OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
* TIDAK IRI HATI
* PEMAAF


MOGA-MOGA KITA MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM KEHIDUPAN.

Jumaat, 18 November 2011

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu..

Khamis, 3 November 2011

tangisan seorang Tua...

Seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.

Sufi : Assalammualaikum pak cik (sapaanya diserta senyuman ikhlas )

Pak Man : Waalaikumsalam, Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan itu ke arah sufi)Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .

Sufi : Pak cik, saya ada belikan pak cik makanan, mari kita makan bersama.

Pak Man : Alhamdullilah, terima kasih nak .

Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? Maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa, saya hanya bertanya sahaja .

Pak Man : Sudah nak, sudah lamaSufi : Bagaimana pak cik jadi macam ni??

Pak Man : Ini balasan buat pak cik nak. Pak cik menyesal, dahulu pak cik juara kota, semua orang menghormati pak cik, jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu. Apabila sebut sahaja nama pak cik, pasti semua akan kecut perut, tapi itu dahulu nak, sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik.Dulu hidup pak cik mewah, tapi sekarang inilah pak cik, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.Pak cik berdosa nak, pak cik derhaka pada ibu pak cik, pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tidak dapat apa yang pak cik inginkan, pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia.Pak cik hina dia, dia merempat, tidur dikaki lima, mengemis seperti pak cik, pak cik anak derhaka nak, anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)

Sufi : Sabar pak cik, minum air itu pak cik akan tenang, ibu pak cik masih hidup ke sekarang?

Pak Man : ibu pak cik? dia dah .... dia dah tiada,sudah meninggal, pak cik yang langgar dia.sufi terpempan apabila mendengar luahan hati Pak Man. Nauzubillah .. tergamaknya Pak Man ini.

Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu ada ibu mengemis di kaki lima, pak cik rasa terhina, tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu, pak cik terlibat dalam kemalangan, dan menyebabkan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak.Sejak dari hari itu, semua kemewahan, keistimewaan pak cik hilang, orang-orang sisih pak cik, pak cik hilang tempat tinggal, terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup.Pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sanggup untuk hidup di muka bumi ini. Tapi pak cik risau, adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini?

Sufi : Usah bimbang pak cik, masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun, sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .

Kesimpulannya,Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira, Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak.

cari2 gambo cik cat time pas wat asgment...;-)


saya salah sorang penggemar kucing....kalau saya ada rumah sndiri nanti..saya nak bela kucing..kata org kucing tu pembawa rezeki pada kita kalau kita memeliharanya dengan baik..kucing jugak salah satu haiwan yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW..haa..jangan xtaw pulak yepp!...jum kita tgk pic cik cat dan encik cat yang lawo2 semacam jekk..!! haa jan jeles taw!


hat ni king cat.....amboiii garang benorr muke nye yep!...xsuka pakai baju tu ekk!




hat ni plak...miss beauty cat....cantek kan sy!jan jeles taw!dress neh sy beli oder kat fesbuukk..! dress tuk raya le niii....hehe




hat ni plak...ntah datang dari mana...baru pas wat show agaknya...;p




ni ada 3 model yang meletop sumenye!...cewahhh cik kak kita....melaram ek...tomey2 je dia...



haaaaaaaaaa hat ni wahhh....kalah artis taw!...tumpang tanya...sape yg mekapkan cik cat neh???;p



hat neh steady......well...baru balik dari ober c....biasala...;-)..ada gaya gituuu...




Khamis, 27 Oktober 2011

UKIRAN TELUR PALING UNIK INDAWORLD!

(✿◠‿◠)....wahh korang pasti kagum kan kan..bila tengok kulit telur yang sebegini nipis bleh d ukir pelbagai motif dan corak...huhhh! kalo sy la kan abih berpeloh la jawabnya...staon xsiap2 ukiran..hat ni datangnya daripada sorg tukang ukir daripada China..nama dia Franc Grom yg mampu mengukir 2.500-3.500 lubang dalam setiap telur. wahhh! hebat!...dulu kita dgr bab ukir mengukir ni hanya pada kayu je kan...xkira lah kayu ke...kulit untuk wayang kulit ke...logam ke..kaca ke...ape ke..skg dah ada dah..ukiran kulit telur ataupun cangkang telur...seni ukiran dalam media cangkang telur ini merupakan sebahagian daripada seni zaman kekuasaan Dinasti Ming di China pada abad ke 14. dalam sejarah awal di China, seni ukir telur menjadi sebahagian dari adat di negeri tirai bambu tersebut..hah..alatan yg digunakan untuk mengukir adalah alatan canggih iaitu burin ukiran telur, alat nicking, pisau sekop dan sbgnya...skang org melayu kita pun sudah mula meniru hasil ukiran kulit telur ini...terbaek ah..kan..jomm tgk antara koleksi kulit telur yang diukir oleh Franc Grom..



                                                 see! ukiran bunga raya kan!awesome!




perggghhh! kalo saya la kan..mau terberak nak habiskan ukiran cem gini..erghhh so hard kan!
                                                   
mak aihhhh! halus bebenor!bior betik! sesak napas den tengok!









Selasa, 25 Oktober 2011

woowww!! kucing pasir....comeyyy sgt3x..jum tgk!


eiiiiiiiiiiiiishhhh!! geram kan nengoknye! kalau sy dapat kucing neh..emm sy jaga baik2...nak jait baju yg comey2 utk cat neh....beli botol susu...hehe...sonok kan men ngan kucing..(bg yg penggemar kucing laaa kan)....









Funny cats in water, EPIC



::::: haha...memang klaka habis la nengok tlatah kucing2 neh!!! tambah plak sy memanggggg suka kucing...eiiii gerammm!!!meoowww!


Jumaat, 21 Oktober 2011

:: hidup tanpa kawan kompem xbest kan kan!




hah gambo2 kat bwh nih sume kawan2 den! gile-gile sume..haha..sonok kan ada kawan reramai..xdek la boring sangat idop ni kan..kiteoghang nih memang pantang dengan cahaya lens camera..ada ada jekk yang tersenyum terkangkang terlompat sume haaa...gile begambo...time neh weekend sempat lg jengjalan kat KLcici...ape yg menarik kat situ?? hughhh! bagi sy lor kan, xde la menarik mana pon!ngeee~~ tapi kalau stakat nak bkelah, nak main main air pancut, haaa bleh la g situ, kalau dalam ati tu ada rasa nak bershopping sakan, baik x payah shopping kat situ,,perghhh mahal ooo barangnyo!al maklumla sume ade brand! kiteoghang nih pegi smata mata nak cari part yg menarik tuk bkelah..haha ko tau kiteoghang poi sana dengan angkut bakul2 bihun, roti sandwich segala bagai tuhh dengan menaiki train jeee!fuuuuu habis satu train bau bihun goreng yg enak neh!haha nak bkelah la sangat kannn...semangat giteeww! ape kisah kan...janji kitaoghang enjoy!lalalala~~



1 2 3.....klik!!




poyo jekkk sume kat atas tuh!bhaahaa



                                                         phewww! cam kanak2 ribena lorr!



               
                                                  adik albino with me! haihhh kurus gile den time nih!ahhh maluu!



Rabu, 19 Oktober 2011

:: SAAT YANG PALING BAHAGIA ::


Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

Khamis, 6 Oktober 2011

My Mom Is Amazing

Rabu, 5 Oktober 2011

Mat Saleh Nyanyi Lagu Loghat Kelantan (lawak gila).flv

Rabu, 28 September 2011

:::lalat jadi penawar???jum baca...

Allah boleh saja mengungkapkan atau memberikan cth dgn haiwan2 lain atau serangga yang lain. namun, apabila lalat dipilih, sudah tentu ia mempunyai hikmah yang tersirat......

racun dan penawar dalam satu...

pemilihan lalat dalam ayat ini juga memberikan maksud yang besar dan mendalam kerana lalat mempunyai pengaruh yang besar kpd kesihatan manusia. sehingga kini, lalat merupakan antara serangga yang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia dan haiwan ternakan di seluruh dunia. pelbagai jenis penyakit yang melibatkan lalat terdapat di seluruh dunia atau khususnya di satu2 kawasan geografi dunia.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mempunyai sepasang sayap tetapi berbeza daripada nyamuk kerana mulutnya tidak seperti paruh yang tajam. mulut lalat berupa suatu struktur yg berfungsi untuk menjilat. lalat merupakan egen pembawa atau pemindah pelbagai jenis organisma patogen yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit sama ada pada manusia atau haiwan ternakan. seekor lalat dapat memindahkan lebih drpd 30 jenis bakteria yang membawa penyakit dan ia membawa bersamanya lebih kurang 5juta bakteria...
oleh kerana lalat merupakan egen yg membawa penyakit, maka Nabi s.a.w menyuruh agar dineutralkan racun yg ada pd lalat sekiranya ia terjatuh ke dalam air. sabda Nabi s.a.w dlm sbuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, maksudnya..."apabila lalat jatuh ke dlm minuman kamu, maka hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut kemudian dibuangkan, krna pd salah satu sayapnya membawa penyakit dan pd satu yg lain mengandungi penawar...

berdasarkan hadis Nabi ini, Prof Dr Mustafa Ibrahim Hasan, Pengarah di pusat Kajian Serangga Pembawa Penyakit,Universiti al-Azhar,Mesir telah membuat kajian yg bertajuk "Penyakit dan ubat pada dua sayap lalat",,kajian beliau mendapati bahawa:

1. terdapat sjumlah bakteria yg pelbagai dan byk pd kedua-dua sayap lalat, x sprti sayap nyamuk yg hanya mengandungi sdikit bakteria shja.
2.di dapati juga bakteria baik yg terdapat pd sayap lalat adalah lebih byk drpd bakteria jahat.
3. terdapat bakteria baik yg byk pd sayap kanan smua jenis lalat.

Rasulullah s.a.w menyuruh agar ditenggelamkan lalat itu dgn segera ke dlm air krana bakteria hanya aktif dan mampu bertindak apabila wujudnya "perantaraan" seperti makanan atau minuman yg terdapat di dlm suatu bekas..melalui perantaraan tersebut, bakteria jahat dan baik akan bertarung dan natijahnya bakteria baik akan menghapuskan sgala bakteria yang jahat.

Mukjizat al-Quran amat terserlah skli melalui penggunaan kiasan mengenai lalat ini. walaupun ia hanyalah seekor serangga yg kecil, namun makhluk ciptaan Allah ini sangat unik. ia skali gus membuka ruang kpd manusia utk berfikir dan merenung kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t...

TanDa tanDa haRi Kiamat


Tanda-tanda kiamat telah dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah. Sarjana Islam Al-Allamah Safarini (w. 1188) menjelaskan, “Tanda-tanda hari kiamat itu terbahagi kepada tiga bahagian ; satu bahagian telah nampak dan berlaku, satu bahagian sedang berlangsung dan satu lagi belum tiba. Di antara tanda bahagian pertama seperti diutusnya Nabi Muhammad SAW, kematian Nabi, penaklukan Baitul Maqdis serta pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan (semoga Allah redha kepada beliau).

Tanda-tanda lain, ialah peperangan yang terjadi antara kaum Muslimin, munculnya golongan sesat seperti Khawarij (golongan yang memberontak terhadap pemerintah) dan Rafidhah (Syiah), keluarnya para dajjal yang mengaku nabi, runtuhnya kerajaan Arab, harta yang melimpah, banyaknya terjadi gempa dan gerhana, serta hal-hal lain yang dikhabarkan oleh Nabi sebagai tanda-tanda hari kiamat”. (Al-Irsyad Ila Sahihil Iktikad Sudah Benarkan Akidah Kita, Dr Soleh Fauzan Al-Fauzan).

Ahli ulama klasik mahupun kontemporari sudah menulis buku yang khusus merinci peristiwa kiamat dan tanda-tandanya, antaranya ialah Al-Hafidz Ibnu Kathir dengan bukunya berjudul an-Nihayah (Huru-Hara Hari Kiamat). Manakala kalangan penulis kontemporari ialah Syaikh Yusuf al-Wabil, (Asyratus Sa’ah : Hari Kiamat Sudah Dekat), Dr Umar Sulaiman Asyqar (Al-Yaumul Akhir : Ensiklopedia Hari Kiamat) dan buku Barzakh & Kiamat selenggaraan Sakinah Ariff Johor (Karya Bestari). Satu kepentingan mengetahui tanda-tanda kiamat supaya umat Islam berusaha untuk tidak terlibat atau berperanan dalam menyemarakkan tanda-tanda kiamat itu.

Tioman giant jellyfish

hah! amekau!besar gedabak! apepun ianya salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa taw! kagum!

ObOr-oBor Gergasi.....

Besar betul binatang pelik bernama obor-obor yang dirakam oleh penyelam di Pulau Tioman ni. Kalau anda semua nak tahu obor-obor yang dalam gambar ini dari Malaysia, bukan dari Jepun. Berukuran 2 meter lebar dan berat 230kg, orang Jepun memangil Obor-obor ini dengan gelaran echizen kurage. kita bleh panggil bnatang ni gergasi raja obor-obor hehe. Jika obor-obor ini membiak dengan banyak pastinya akan mengganggu nelayan di Pulau Tioman kerana Obor-obor ini mampu memusnahkan jaring-jaring mereka sebab nak makan ikan hasil tangkap dalam jaring nelayan. 

pergghh! kalo ada depan mata den, mau den terkoncing dalam air tuh! seramm kan! ngeee~~



gergasi raja obor
Beza obor-obor gergasi dan penyelam manusia. Bezanya!


Rabu, 14 September 2011

##mengapakah IBU sering menangis??##

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Selasa, 13 September 2011

~cerpen pusaka OR neraka~

"Mak, kenapa tak sama banyak je mak? Kenapa Ila lebih, saya dapat sikit? Lebihnya bukan sikit-sikit. Kalau setakat setengah ekar ke satu ekar ke boleh juga saya terima. Ini lebih dari separuh. Dahlah macam tu, duit pun dia lebih juga." Tijah membantah.

"Alah... Jah, adik kau tu kan nak berniaga. Dia ada masalah sikit dengan perniagaannya. Jadi boleh juga dia cagarkan tanah peninggalan ayah tu untuk perniagaannya. Anaknya pulak ramai yang masih bersekolah, yang belajar lagi. Dia perlukan banyak duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya."

"Anak-anak Jahkan semuanya dah lepas. Dah tak ada tanggungan lagi. Dah tak pening kepala nak cari duit untuk perbelanjaan anak-anak. Cuma untuk belanja diri sendiri je." Maknya menyanggah.

Salim anak yang tua pula meluah, "Mak... patutnya anak lelaki yang lebih, kalau ikutkan Islam pun kata macam tu. Cuba mak tanya Ustaz Shofi, macammana cara yang baik dan betul untuk bahagi-bahagikan harta-harta ni."

Maknya terus membantah, "Ikut ajelah apa yang mak kata. Engkau orang apa tau. Duduk dahlah jauh-jauh belaka. Adik kau je yang dekat dengan kampung ni. Dia yang selalu menjenguk dan menguruskan tanah-tanah peninggalan ayah kau tu. Dia juga yang selalu datang dan ziarah mak, sediakan makan minum mak.."

Adik mereka yang kecil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Terus tersenyum-senyum malu, "Yelah abang, akak. Betul kata mak tu. Selama ni saya yang cari orang tolong bersihkan kebun tu, racunkan rumput, tebang pokok-pokok yang menyemakkan kebun tu. Cari orang yang ingin torehkan getah tetapi duitnya kita bagi sama banyak. Sakit pening masa arwah ayah tu dulu saya yang uruskan, nak harapkan abang dan kakak jauh-jauh belaka. Dah tu balik sekali-sekala aje."

"Ah...! Kau memang macam tu, membodek emak nombor satu. Semuanya kau nak sapu." Kata kakaknya, Tijah.

Setelah puas bertegang urat. Namun tiada muafakat. Walaupun telah diberi taklimat, keputusan ibunya tetap muktamad.

"Takpelah mak. Kami pun tak tau nak cakap apa lagi. Uruskanlah semuanya sendiri atau suruh anak menantu yang mak sayangi. Kami ni tak reti. Kita lihatlah apa yang jadi nanti." Kata Zul, abang keduanya mengalah.

Entah berapa kali mereka berbincang dan mengata dari belakang. Itulah keputusannya, itulah juga kata-kata maknya. Sudah tidak boleh diubah-ubah lagi. Terlalu susah untuk menyedarkan dan mengingatkan emaknya. Entah apa ubat, entah apa ayat yang diberikan oleh Ila membuatkan emak mereka terikat dengan katanya yang bulat. Keputusannya sudah muktamad.

Akhirnya mereka bersepakat, terus tanamkan tekad untuk tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku walaupun masa telah lama berlalu dan mereka tetap seperti itu.

.........................................................................

Di tepi jendela

Nenek tua itu duduk di tepi jendela. Menyelek-nyelak tabir usang yang tidak berganti malah tidak dibasuh entah berapa tahun lamanya.

Tabir itu sepatutnya menyerikan suasana di rumahnya tetapi telah menyemakkan mata yang memandangnya serta memburukkan lagi suasana di dalamnya. Mana tidaknya, rupanya yang kusam, lebam, balam, menambahkan serta memburukkan lagi suasana suram, muram dan guram.

Berhabuk, berbintik-bintik hitam, bertahi lalat malah telah tercarik bagaikan di cakar sang kucing liar.

Sebenarnya bukan kucing yang mencakar, bukan jari-jemari nenek tua itu yang mencakar-cakar tabir itu, tetapi cakaran waktu, cakaran masa dan cakaran hari-hari yang telah bersilih ganti datang dan pergi. Cakaran-cakaran serta carikan-carikan yang membuktikan telah bertahun ia setia di sisi jendela itu. Seusia cakaran dan carikan yang ada di hati nenek tua itu.

Hujan panas, siang malam malah ribut taufan yang silih berganti akan terus mengoyakkan tabir itu, akan berterbanganlah carikan tabir lalu jatuh ke lantai serta mereputlah di situ, tiada siapa yang mahu tahu.

Tiada siapa yang ambil tahu, tiada siapa yang ingin membantu. Namun nenek itu terus menunggu.

Tabir itu sepatutnya boleh melindungi cahaya yang panas terik, telah boleh menerobos ke dalam rumah. Tabir itu boleh menapis serta menghalang habuk dan debu-debu kotor dari memasuki rumah itu tetapi sekarang debu-debu boleh menyusup masuk di celah-celah belahan carikan-carikannya. Hujan panas yang kebiasaannya tidak lebat tetapi memudaratkan itu juga mampu masuk ke dalam rumah itu. Apatah lagi hujan lebat, hujan batu juga ribut taufan sudah pastilah meluru masuk ke rumah usang itu.

Usang.

Usang, seusang penghuninya. Senada sahaja apa yang ada di dalam.

Nenek tua itu masih di situ, masih lagi menyelak-nyelak tabir usang itu, mengintai-intai di luar jendela itu. Mengharapkan sapaan salam dari tetamu. Namun tiada siapa yang datang menyapa. Yang kedengaran hanyalah sapaan ayam itik di lamannya, serta kucing yang menjadi teman lamanya.

Nenek tua itu masih di situ, di jendela itu. Mengharapkan sapaan dari anak menantu serta cucu yang dirindu. Padahal suatu ketika dulu, rumah ini sentiasa ceria, sentiasa bercahaya dengan gelak tawa, dengan gurau senda ahli keluarganya. Tetapi sayang semuanya telah tiada, hanya kenangan yang terus bertakhta di hati nenek tua.

Syawal telah pun berakhir. Tiada siapa yang sudi datang ke rumah usang itu. Tiada Mercedess bermata bundar yang mau mengegar laman usang itu. Tiada Alphart yang mau merapat ke laman usang itu. Tiada kereta lama yang terbatuk-batuk enjinnya menjenguk ke laman usang itu. Malah basikal pun tidak mahu lalu di situ. Tiada siapa yang ingin singgah untuk menjengah nenek tua itu.

Kasihan dia, mengapa begitu jadinya..

Dia masih di situ. Membayangkan kenangan dulu. Bayangan yang masih terbentang di ingatannya, yang masih terang benderang menyuluh hidupnya. Dia rindukan hilai-tawa, jerit-pekik, senda-gurau juga tangis-mengada serta rajuk-hiba cucu-cucunya. Melihat keletah dan telatah cucunya, hatinya menjadi bahagia. Dia merasakan hidupnya cukup bermakna lagi penuh sempurna ketika itu.

Tetapi sekarang begitu jadinya..

Nenek tua itu masih di situ, masih di jendela itu, Meniti hari-harinya tuanya yang tidak menentu. Menanti dan terus menanti mengharapkan anak-anaknya kembali. Tetapi apakan daya, Syawal pun sudah meninggalkan kita. Harapan sudah pudar jadinya dan rasa kecewa pula yang bertakhta.

Nenek tua itu masih di situ, menunggu dan terus menunggu, di jendela yang kaku, menanti kehadiran anak menantu serta cucu. Apakah masih ada waktu untuk mereka bertemu, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita dan mengadu, untuk berbaik tanpa cemburu, sebelum senja berlalu, sebelum malam membisu, sebelum badan sejuk kaku, hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah hati mereka sudah beku? Tidak adakah rasa sayu? Tidak adakah rasa terharu? Tidak adakah rasa malu? Membiarkan ibunya begitu. Ibunya menangis tersedu-sedu.

Kenangan lalu..

Dia terkenangkan anaknya Kamal. Anak pertamanya yang tinggal di Kuala Perlis. Sudah lama dia tidak balik ke kampung halamannya. Jauh adalah alasan utamanya. Masalah kewangan juga antara puncanya. Walau bagaimanapun setahun sekali akan pulang juga ke kampung Sentosa, kampung halamannya. Tetapi semenjak ibunya membahagikan harta pusaka keadaan sudah berubah. Dia sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak balik ke kampungnya. Sebenarnya hatinya telah terluka.

Anak keduanya pula, walaupun berada di Kuala Lumpur, masih tidak boleh balik ke kampung, katanya, "Kerjanya tak menentu, waktu cuti pun bertugas juga." Itulah jawapannya bila sesekali emaknya menelefon.

"Budak-budak ni pun sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen. Hari cuti pun ada kelas, jadi susah sikitlah nak balik ke kampung." Sambungnya lagi.

Manakala anak ketiganya, Tijah pula sudah berubah, katanya, "Abang Din sibuk sejak kebelakangan ini mak, selalu outstation jadi Tijah ikut ke mana abang pergi."

Itulah antara jawapan yang biasa diberi apabila emaknya berada di talian talefon. Sebelum ini dia jarang mengikut suaminya. Sejak anaknya besar dia selalu mengikut suaminya. Sebenarnya hatinya tersinggung dengan sikap ibunya yang melebihkan adiknya.

"Ilakan ada, diakan anak kesayangan mak. Diakan dekat dan selalu menjenguk mak.." Terkedu dan terbisu nenek itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut celupar anaknya. Bagaikan 'memulangkan paku buah keras' pada ibunya.

Mereka memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa ibunya. Mereka marah pada ibunya. Mereka cemburu dengan adiknya. Mereka sudah lama tidak bertanya khabar tentang adiknya, juga ibunya. Biarlah begitu, mereka tidak mahu bertemu dengan adiknya. Mereka sudah tidak mahu melihat muka adiknya.

Manakala anak kesayangan nenek itu, anaknya yang bongsu yang tinggal di bandar berhampiran kampungnya. Suatu ketika dulu memang selalu menjenguk nenek itu. Makan minumnya sentiasa terjaga. Bajunya sentiasa dibasuh dan dilipatnya. Rumahnya selalu dikemaskan, disapu lantainya, ditukar langsirnya, dipotong rumput halaman rumahnya.

Tetapi... semenjak dia dapat membolot kebanyakan harta pusaka peninggalan ayahnya, dia sudah jarang balik ke kampung, menjenguk ibunya walaupun dekat sahaja.

"Sibuk.." Perkataan yang selalu keluar dari mulut Ila pada emaknya. Perniagaannya bertambah maju sekarang ini. Nak ditinggalkan takut pula tak dapat projek atau kontrak. Mana nak cari duit nak bayar rumah bonglo di atas bukit itu. Macamana nak bayar hutang kereta yang lebih sejuta harganya. Belum lagi dikira belanja yang lainnya, makan di hotel berbintang-bintang, melancong ke hujung dunia.

Apabila bercuti, digunakan untuk membawa anaknya ke luar negara. Katanya "Inilah masa untuk bermesra dengan suami dan anak-anaknya." Untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

Tidak mengenang budi.

Begitulah lumrahnya manusia. Tidak ingatkah dia akan ibunya yang mengorbankan harta bendanya, pusaka suaminya untuk anak yang disayanginya? Bila dah senang beginikah balasannya? Sanggup membiarkan ibunya merempat di kampung halamannya.

Anak tidak mengenang budi. Duit sudah banyak, tetapi biarkan ibunya sendiri. Sakit peningnya sudah tidak dipeduli. Makan minumnya sendiri. Tidurnya bertemankan mimpi ngeri.

Inikah balasan untuk dirinya. Tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Tidak berfikir apakah akibatnya. Bertindak sesuka hati tanpa usul periksa. Tidak bertanya pada yang arif tentang pusaka. Sepatutnya terlebih dahulu berdoa pada yang Esa, mohon petunjuk dan hidayah-Nya. Apakan daya menyesal sudah tidak berguna.

Masih ada masakah untuk bersatu?
Nenek tua itu tidak banyak waktu,
Malaikat Izrail sedang menunggu,
Untuk mencabut nyawa nenek itu,
Menghantarnya ke dunia baru.

Nenek tua itukan ibumu,
Usah dikenang kisah yang lalu,
Yang terluka dan rasa cemburu.

Nenek tua itu tetap ibumu,
Ibumu yang satu,
Walau apa pun yang berlaku,
Walaupun marah, tak setuju,
Janganlah disisihnya begitu.

Nenek tua itu tetap ibumu,
Yang lalu biarlah berlalu,
Binalah hidup baru,
Kerana Allah sentiasa melihatmu,
Mencatat apa yang berlaku,
Syurga atau Neraka adalah tempatmu,
Pilihlah mana yang engkau mahu.

Berbaktilah untuk ibumu,
Demi Syurga yang menunggu.

Tidakkah terbuka hati mereka untuk menghentikan segala sengketa? Tidak terfikirkah mereka tentang dosa dan pahala? Tidak takutkah mereka akan Neraka? Mereka semuanya ada salah dan silapnya di mana-mana. Saling bermaaf-maafan, itulah yang terbaiknya. Atau sanggupkah mereka membawa 'Pusaka ke Neraka'?

Inilah akibatnya terlalu memikirkan dunia.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan harta benda.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan diri sahaja.
Sangup tidak bertegur sapa.
Sangup tidak bertanya khabar berita.

**********************************************

Firman Allah Ta'ala bermaksud :

"Berikanlah kepada kaum kerabat hak masing-masing." [al-Isra: 26]

Dan lagi

"Dan Kami perintahkan manusia supaya berbaik-baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya penuh derita dan melahirkannya penuh sengsara, kemudian menyusuinya selama tiga puluh bulan." [al-Ahqaf: 15]

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling erat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran."

Ahad, 8 Mei 2011

Catatanku - Melly feat baim cilik(HD)

sempena hari ibu...^_^ (tiap-tiap aghi aghi ibu OK!) jangan terpengaruh dengan budaya kekuningan tuh!



Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….


[selagi ibu bapa kita masih ada....ingatlah mereka..doa lah untuk mereka..tunaikan tggungjawab kita kpd mereka...sesungguhnya Syurga itu terletak d bwh tapak kaki IBU]..pesanan ringkas dari insan biasa...;-)

Selasa, 19 April 2011

~~DOA UTK PEPERIKSAAN~~

  • SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN

DOA SELEPAS ULANG KAJI

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،

إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.



DOA SEBELUM MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

  • SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN


DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



DOA KETIKA SUKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”