:::pembentangan yang baik merupakan penyampaian yang jelas dan tepat..jelas juga bukan sahaja melalui penjelasan tetapi juga cara sebutan anda. pastikan anda menyebut sesuatu perkataan dengan jelas:::
kebanyakan pembentang atau pemidato dan pendebat tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam pembentangan hujah mereka. gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam persembahan yang memikat...percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan.....
yang pertama:
1) kawal kelajuan percakapan anda
jalan terbaik mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang...cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekaligus menenangkan anda...susun atur perkataan dan ayat yang anda hendak ucapkan..jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas sahaja....
2) kawal volume suara anda
bayangkan suara anda seolah-olah sistem amplifier yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. ada masanya anda perlu tinggikan suara dan adakalanya perlu merendahkannya. sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan...
3) nilai kualiti suara anda semasa latihan
kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. sekiranya fakta yang anda bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara anda yang tidak jelas..so,pakej suara perlulah menarik...
4) hindari Nonvocalized atau vocalized pauses
kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses seperti "umm"..."uhh"...atau vocalized pause sperti "okey", "tapi".."betul tak" dan sebagainya terlalu kerap.
5) jadilah diri anda
bercakaplah dengan selesa. anda tidak perlu bersusah payah meniru gaya suara pidato yang anda minat....tunjukkan keistimewaan yang ada pada diri anda kepada audiens...
6) jadikan suara anda penuh semangat
apabila anda membuat pembentangan, anda perlu menggunakan suara yang bersemangat dan komited kepada tajuk anda. tunjukkan minat yang mendalam kepada tajuk tersebut. jika anda begitu, maka audiens juga akan turut bersemangat.
:::semoga dengan mengamalkan tip-tip yang telah digaris sebagai panduan ini, pembentangan dan penyampaian anda akan dapat dipertingkatkan kualitinya.....jadilah pembentang yang mampu memukau dan memikat perhatian pendengar kepadanya....:::
Isnin, 11 April 2011
~~tip berucap dengan suara yang jelas~~
Posted by taiplajulaju at 7:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan