BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 April 2011

~~DOA UTK PEPERIKSAAN~~

  • SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN

DOA SELEPAS ULANG KAJI

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،

إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.



DOA SEBELUM MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

  • SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN


DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



DOA KETIKA SUKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Isnin, 18 April 2011

~~berusahalah kalau ingin berjaya~~






ubat hati d atas sesuai sangat kalau kita amalkannya....tidak susah...cuma hati kita biarlah ikhlas...semua orang inginkan kejayaan baik di sekolah ataupun di universiti mahupun di tempat kerja sekali pun...tetapi haruslah berbekalkan usaha dan tawakl pada Allah SWT...









semoga berjaya!!! untuk semua....;-)



Selasa, 12 April 2011

besday BONDA terchinta!

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu........ibu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

13/4/2011......genap 54 tahun sudah umur ma.....selamat ulang tahun kelahiran untuk ma....sekadar mengingati...bukan untuk sambutan besaran..cukup mengingati kasih sayang yang ma berikan pd anak-anak ma....

.....sayu rasa dalam hati...bila pantas jari ini menaipkan kata-kata.... yang terbuku di hati...mengimbas dan mengingati kembali saat dulu kala anak-anak ma masih kecil..masih buas...ma susah payah jaga....membesarkan kami sume.....dengan keadaan yang cukup sederhana..kini, usia ma sudah semakin lanjut..anak-anak ma pun sudah besar sume nya..sudah pandai berdikari da...sudah berjaya...trima kasih ma...atas sume nya...:'(

ida tringat dulu-dulu masa ida dalam lingkungan umo 6-7 taon, ma anta ida g skola..tgu ida d luar klas...sambil pegang payong....ida plak...mata melilau tengok ma kot-kot ma balik tinggal ida sorang2...maklumla masa tu ida first bersekola...lega tengok ma setia menunggu..masa balik ma tolong pegang beg ida, galas..bawak payong lagi...jalan kaki..jaoh jugak jarak skola ngan rumah....ida ingat lagi...ida mintak ma beli aiskrim "kepal" kacang...ma belikan..masa tu panas terik..ya Allah...dulu masa kecik xde pulak aku memikirkan panasnya hari..penatnya ma..penatnya melayan karenahku...skang..bila dah besar..baru ku sedar..pengorbanan ma banyak sangat...tidak terbalas jasa ma....mendidik ida dan anak-anak ma hingga berjaya...jadi orang yang berguna...

ida ingat lagi ma suka masak makanan feberet' ida..gulai terung..gulai kurma ayam..wahh sedap ma masak..! tiada tandingan...pas balik dari skola, ma suap nasi kat ida...ida ingat lagi...:'(
ya Allah sronoknya tika itu...

ma ajar ida baca buku..sampai menangis2 ida d buatnya....nak eja 'ayam' pun xpandai...nak sebut takot salah...tapi memang salah pun..kalau ida sebut..sbb baru nak mengenal huruf...ya Allah...adakah dari situ bermulanya aku menjadi insan yang xpernah berputus asa??...ma ajar ida ngaji, baca buku, ma marah2 ida...sbb ida ni degil..malas nak baca buku..kuat main...ma merepek...ya Allah..adakah saat itu, aku tidak sukakan bebelan ma ku?? tidak...ma buat tu smua sbb ma sayangkan anak-anak ma....trima kasih ma....

skang ida da besar...anak-anak ma da ada kerjaya masing2...masih sentiasa menyayangi ma walau apapun yang terjadi....walau berbagai masalah yang Tuhan bagi....kita tempuhi sama2...ida berdikari sbb lihat keyakinan dan ketabahan yang ada pada diri ma...ida janji pada diri sendiri...nak jadi anak yang baik...sebolehnya xnak kecik kan hati ma...

kalau ma nak tau..ida dulu malas blaja...tapi bila fikirkan ma dan ba...ida jadi semangat nak teruskan blaja sampai la berjaya masuk u skang...ida kata dalam hati...ida nak berjaya sbb nak jaga hati ma dan ba...ida xnak orang lain pandang rendah pada ma...alhamdulillah..akhirnya ma dan ba berjaya didik kami smua hingga berjaya...

~~smpena hari lahir ma hari ni...ida doakan ma bahagia dunia akhirat...ida doakan ma dan ba sentiasa mendapat redha di sisi Allah SWT....setiap amalan ibadat/ doa yang ma dan ba lakukan diterima oleh Allah...ida doa ma dan ba sihat sntiasa di kampung...ida doa mudahan kuarga kita sentiasa d jauhi daripada keburukan...dan sntiasa d murahkan rezeki...ida nak mintak maaf sekiranya....ida dari kecik sampai besar degil...sekiranya ida ada lukakan ati ma walau sikit pun...ida xnak mintak pape dari ma...xnak mintak kekayaan..xnak mintak hadiah...xnak mintak pujian...cuma ida nak mintak ma doakan kejayaan ida dan juga ida mohon....ma doakan semua kebahagiaan anak-anak ma dunia akhirat...amin ya rabbal amin...~~


ida janji....akan ingat sgala pesanan ma...;-)...miss ur smiles n laughter ..

Isnin, 11 April 2011

~~tip berucap dengan suara yang jelas~~

:::pembentangan yang baik merupakan penyampaian yang jelas dan tepat..jelas juga bukan sahaja melalui penjelasan tetapi juga cara sebutan anda. pastikan anda menyebut sesuatu perkataan dengan jelas:::

kebanyakan pembentang atau pemidato dan pendebat tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam pembentangan hujah mereka. gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam persembahan yang memikat...percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan.....

yang pertama:

1) kawal kelajuan percakapan anda
jalan terbaik mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang...cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekaligus menenangkan anda...susun atur perkataan dan ayat yang anda hendak ucapkan..jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas sahaja....

2) kawal volume suara anda
bayangkan suara anda seolah-olah sistem amplifier yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. ada masanya anda perlu tinggikan suara dan adakalanya perlu merendahkannya. sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan...

3) nilai kualiti suara anda semasa latihan
kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. sekiranya fakta yang anda bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara anda yang tidak jelas..so,pakej suara perlulah menarik...

4) hindari Nonvocalized atau vocalized pauses
kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses seperti "umm"..."uhh"...atau vocalized pause sperti "okey", "tapi".."betul tak" dan sebagainya terlalu kerap.

5) jadilah diri anda
bercakaplah dengan selesa. anda tidak perlu bersusah payah meniru gaya suara pidato yang anda minat....tunjukkan keistimewaan yang ada pada diri anda kepada audiens...

6) jadikan suara anda penuh semangat
apabila anda membuat pembentangan, anda perlu menggunakan suara yang bersemangat dan komited kepada tajuk anda. tunjukkan minat yang mendalam kepada tajuk tersebut. jika anda begitu, maka audiens juga akan turut bersemangat.


:::semoga dengan mengamalkan tip-tip yang telah digaris sebagai panduan ini, pembentangan dan penyampaian anda akan dapat dipertingkatkan kualitinya.....jadilah pembentang yang mampu memukau dan memikat perhatian pendengar kepadanya....:::

Ahad, 10 April 2011

~~kalu bab make g la klate~~puah ati ore kato...;-)

~~puok klate ilir ilir blako~~tengok pado makane ni gak tobak terliur...nok nok woh duyam..keno nga pulot pah santan pulok..huuu xdop apo la...meme sedap...utong jadi ank klate..serbo serbi istimewo...lening kito kecek klate..puok2 klate bleh masuk gu lah...ore lua xpehe..meh pakat kelik klate...mace mace ado...kalu duk banda meme xpuah ati kalu bab make...duk kapong gak..emmphhh petik jari ado laluh..puah ati....


tengok ko woh duye atah tu huhhh...sedap...kuning isi belemok...kalu duk kapong ni kebok dh g beli...sbb bleh muroh..kebun saen2 pun ado bleh tehe nok make...bia sapa jeluok...hehe...kalu duk banda ni gak...emmm lambat la nok bleh ko make...




kalu ado duye gak xsedak kalu xmake nga pulot...capor cket nise...pah sate...hokkk alooohh laa...kacik molek jadi...sedak...




pah buleh pulok cincos nga budu...alooolaa...keh sedak keh tu...keno molek..nasik panah2...ike bakar...peroh ase lima....huh...





poyokkkk........sambal lado...alola..sedap nye.....!!!!


















Sabtu, 9 April 2011

::: AiR WudUk UntUk AyAh:::


~~ Di riwayatkan daripada al-Ma'mun, ..dia berkata:

"Aku belum pernah melihat orang yang lebih berbakti kepada ayahnya selain Fadhl bin Yahya al-Barmaki. dia begitu berbakti untuk ayahnya sehinggakan ayahnya tidak pernah berwuduk kecuali dengan air suam. "ketika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, petugas penjara melarang mereka memasukkan kayu bakar walaupun malam hawa tersangat dingin. maka fadhl pun mengambil botol yang ada di dalam penjara. setelah ayahnya tidur, diisi botol itu dengan air dan didekatkan ke lampu supaya air di dalam botol menjadi suam. dia terus memegang botol itu hingga pagi".....

::: ksimpulannya....kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada:::

Jumaat, 8 April 2011

sepucuk surat dari ibu dan ayah (HD)



sy selalu niat dalam diri saya.....nak jadi anak yang baik...walau sy rasa sy xbaik...tapi sy xkan kecewakan hati kedua orang tua saya....

KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH





ya Allah......alangkah bahagianya hati sekiranya semua org dapat merasai apa yang dirasakan oleh saudari syamimi......^('';'')^