
ayam: manusia ni memang pentingkan diri sendiri...!!
lembu: kenapa kau kata macamtu?
ayam:tengoklah apa mereka buat kat aku!!
lembu:hah..! buat apa plak?
ayam:aku ni bertelur hari-hari..aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor, orang kata ada jugak waris aku bila aku xde nanti...
tapi...manusia ni memang x berhati perut.!hari-hari dorang makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak!
lembu: alah! kau punya masalah kecil aje!
ayam: ??maksud kau??
lembu: aku ni kalau fikirkan nasib aku lagi malang. rasa nak bunuh diri pun ada. bayangkan,hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun x pernah panggil aku MAK!
ayam: ??(dalam hati..x bleh pakai punya lembu!)
Selasa, 2 November 2010
dialog ayam dan lembu..=) lawok molekla..
Posted by taiplajulaju at 7:21 PG 0 comments
Isnin, 1 November 2010
jangan takut tuk kahwin awal...
Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)
Posted by taiplajulaju at 6:45 PTG 0 comments
Rabu, 13 Oktober 2010
TRAGEDI 10.10.10.....xcdent d lbuhraya PLUS

AJAL MAUT D TANGAN TUHAN....SESUATU TRAGEDI XKAN BERLAKU JIKA TUHAN TIDAK IZINKANNYA TERJADI....SUBHANNALLAH....KUASAMU TUHAN...
Posted by taiplajulaju at 2:40 PG 0 comments
Sabtu, 7 Ogos 2010
Khamis, 5 Ogos 2010
Khamis, 29 Julai 2010
Isnin, 26 Julai 2010
entahla..antara dugaan dan kesilapan daripd manusia itu sendiri
bila d sebut soal 'ibu' pasti semua tersenyum,,teringat,,..ha a tentu lah sbb dia yang melahirkan kita..dia lah teman..dia lah penawar duka..dia lah badut..dia lah yg mengajar kita ketika kecil..dia lah everythg..
pernah dlu kita janji akan sentiasa jaga hati ibu kita walau apepun yg terjadi..kita kata bila besar esk2 dapat keje bagus2 kita nak beli rumah besar...kereta besar..nak bagi kat ibu la...pastu ada duit lebih nak belikan mak gelang tangan...nak bawak mak pegi tanah suci Makkah...wahhh....bila kita tringat janji2 tu rasa cam kita lah anak yang baik..berguna tepati janji...bayangkan alangkah gembira dan terharu ibu kita mendengarnya...tapi...adakah semua itu akan termakbul..kini kita dewasa...blajar tinggi2..punya keja tetap..dah berpangkat tinggi..punya harta sendiri..adakah semua janji2 kita dahulu pd ibu sudah d kotakan?????? hmmm....ibu menanti janji itu d kotakan tapi tiap kali ibu tidak mengungkit....
susahkan jadi seorang anak?? lebih2 lagi anak lelaki...tanggungjwb mereka lebih berat daripd tggjwb anak perempuan..sebab tu kadang kita perlu mohon dengan Tuhan mudahan niat kita utk membahagiakan seorang ibu mudah tercapai....walaupun kita sudah punya rumah tangga sendiri...tggjwb dengan ibu mesti d titik beratkan...hidup anak sentiasa perlu berdoa agar semua urusan dunia lancar...agar kita dapat barakah-Nya...ibu pula slalu doakan kita..walaupun kdg kala ibu juga punya dosa sendiri...tapi itu semua bukan penyebab kita sbg anak tidak perlu menunaikan tggjwb kita masing2..hmmmm mengeluh lagi..ibu punya semangat kuat..sentiasa juga menitiskan airmata bila sendirian...memikirkan keadaan kita d rantauan...bila kita punya masalah besar,,,ibu selalu gelisah...sedih...tapi kita jarang kongsi masalah dengan ibu...kita jarang tanya khabar ibu sihat ke x...kita jarang telefon ibu tnya sudah makan ke x...kita jarang SMS ibu bila tiap kali ada sambutan "HARI IBU"....hmmm dapat kita rasa ibu mesti sedih...kadang x semua masalah ibu luahkan pada semua anak2nya...hmmm
ibu....dulu slalu gelak sama ngan kita...tapi kini ibu susah nak gelak...mgkin ibu sudah banyak terkilan dengan sikap anak2...susahkan kita jadi anak...??sebab tu susah nak jumpa anak yang soleh dan solehah..sebab, kadang benda yg ibu larang tu la yang kita buat..benda yg ibu suruh kita jarang buat...kita tahu ibu susah nak luah apa yang dia rasa..ibu banyak simpan dalam hati...
ibu...tiapkali raya mesti nangis...kenapa??? sukar d jangka...
hanya satu senyuman..gelak tawa yg ibu betul2 gembira bila bersama anak2 semua...menceriakan pagi hari bersama ibu d rumah...makan sama2...satu rumah riuh rendah...wahhhhh....dapat d rasakan seronoknya perasaan ibu...mugkin itu yang mampu kita buat...balik kampung..luangkan masa bersama ibu walau sekejap...kegembiraan ibu pastinya menghilangkan kekusutan hatinya..
hmmm senangkan jadi anak??? kalau kita mampu gembirakannya buat slamanya...hidup kita pun mungkin akan ceria..senangkan??? kita hanya doa seikhlas hati untuk ibu bapa kita...tunaikan tanggungjwab kita sbgai sorang anak...lebih2 anak lelaki...bila kita punya duit..ringan2 kan la tangan kita hulurkan pada ibu walau sedikit...wahhhh ibu sudah mula senang hati...dan kita juga sudah mula d murahkan lagi rezeki oleh-Nya...hmmmm mudahkan...kita jugak boleh jadi anak soleh dan solehah kalau urusan kita dengan ibu bapa, keluarga, dan dekat dengan Allah...walau kita bukan anak yang perfect'...tapi kita boleh titipkan doa...sebab doa ikhlas sorang anak untuk ibu bapa boleh mengampunkan dosa kita terhadap mereka...hmmmm
bolehkan kita janji jadi anak yang baik pd pandangan Allah...pd pandangan ibu bapa...pd pandangan semua dan pada pandangan adik-bradik....itu yang kita perlu niatkan dlm "qolbu" kita...walau org lihat kita jahat biarlah ianya hanya luaran sahaja..dan biarlah dalaman hati kita ikhlas....alhamdulillah...setiap dugaan perjalanan hidup pasti d akhiri dengan kesenangan dunia dan akhirat...betulkan...:-)
Posted by taiplajulaju at 5:01 PTG 0 comments
Rabu, 21 April 2010
jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Posted by taiplajulaju at 1:56 PG 0 comments









